|
|
|
|
Oleh kerana terdapat permintaan dan pertanyaan yang banyak tentang bagaimanakah caranya untuk memformat cakera keras, maka saya mengambil inisiatif untuk mengadakan ruangan memformat cakera keras ini. Sebenar tugas ini tidaklah sesukar seperti mana yang kita sangkakan. Mungkin kerana iamelibatkan penggunaan "Dos Prompt", maka ia menyebabkan ramai diantara kita berasa takut. Adalahmenjadi harapan saya, supaya selepas daripada ini, anda akan dapat melakukannya sendiri. Namun, sebelum kita memulakannya, terdapat beberapa perkara yang perlu kita ketahui. Untuk itu, teruskan pembacaan anda. Pertama sekali, kita perlu mengetahui cara untuk membina "Start Up Disk"Setelah anda memperolehi "Start Up Disk" anda perlu memeriksa kandungan fail di dalam disket tersebut.. Caranya ialah dengan menaip arahan <dir a:> Antara lain, disket anda perlu mengandungi fail-fail berikut:
1. Command.com
2. format.com
3. sys.com
4. fdisk.com
4. scandisk.exe Setelah memastikan disket tersebut mengandungi fail-fail diatas, seterusnya anda perlu "restart" komputeranda. Samaada dengan memilih pilihan "restart your computer" di dalam windows 98, ataupun menekan butang "reset" sekiranya anda telahpun keluar dari Windows dan berada pada Dos Prompt. Semasa komputer anda sedang dihidupkan kembali, tekan butang "Delete" ataupun "Del" pada papan kekunci anda.Tujuan anda berbuat demikian adalah untuk memasuki BIOS Setup kerana terdapat beberapa perkara yang perlu anda lakukan. Setiap komputer tidak semestinya mempunyai jenis BIOS yang sama. Apa yang saya terangkan adalah asas sahaja, anda perlu mengubah mengikut kesesuaian komputer anda. Sila pergi kepada"Advance BIOS setup". Pastikan pilihan "Boot sequance" disetkan supaya dimulai dengan "A". Contohnya<A, C, CD-ROM>. Tujuannya ialah supaya komputer akan dimulakan dengan mencari Sistem Operasi daripada disket kemudian barulah dari Cakera keras. Kebiasaannya, komputer akan dimulakan dengancakera keras. Terdapat juga komputer yang disetkan seperti diatas. Namun, ia bukanlah satu langkah yang baik. Ini kerana, komputer anda akan mencari Sistem Operasi daripada disket, sekiranya tidak ditemui, ia akan meneruskan pencarian ke dalam cakera keras. Sekiranya terdapat disket yang dijangkiti virus di dalam disket tersebut. Virus yang ada akan berpindah ke dalam ingatan komputer seterusnya berjangkit ke dalam cakera keras. Satu perkara lagi, sekiranya disket tersebut tidak mengandungi Sistem Operasi, anda akan menerima mesej seperti berikut "None System or disk error. Replace and press enter to continue" Inibermakna fail sistem tidak terdapat di dalam disket tersebut. Fail sistem yang dimaksudkan adalah fail-fail berikut: 1. msdos.sys 2. io.sys 3. command.com Seterusnya, setelah membuat perubahan seperti diatas, sila pilih pada pilihan "save setting and exit" ataumana-mana pilihan lain yang mempunyai maksud yang sama iaitu anda ingin keluar dan menyimpan setting yang anda telah lakukan. Masukkan "Start Up Disk" kedalam pemacu A. Biarkan komputer anda hidup kembali sehingga anda dapat lihat tanda seperti berikut <A:> Jika tidak, sila tekan enter beberapa kali sehingga anda mendapat A prompt. Setelah berjaya mendapatkan A prompt, anda perlu menaip arahan berikut untuk memformat cakera keras anda. " A:/ format c: ", Sekiranya cakera keras anda adalah C. ia digunakan untuk membuag o/s dan untuk kosongkan hard disk anda dari pada sebarang fail. Kita tidak boleh menyalin Sistem Operasi ke dalam cakera keras sepertimana kita menyalin fai-fail yang lain. Ini kerana kedudukan fail-fail bagi Sistem Operasi adalah istimewa. Ia sentiasa berada di pangkal sesebuah disk.Selepas anda menekan enter, anda akan menerima mesej yang menyatakan bahawa proses format akan memadam keseluruhan fail di dalam cakera keras anda. Jika anda ingin memformat cakera keras anda, anda hanya perlu menekan "y". Jika tidak, anda perlu menekan "n". Seterusnya anda akan diberikan sekali lagi mesej untuk memastikan bahawa anda benar-benar ingin memformat cakera keras anda. Tekan "y" untuk teruskan. Setelah proses format selesai. keluarkan "Start Up Disk" dari pemacu A. Hidupkan semula komputer anda. Apabila komputer anda telah dihidupkan, apa yang terkandung di dalam cakera keras anda hanyalah satu fail sahaja yang dapat anda lihat iaitu fail command.com Selamat mencuba
|
|
[Home] [Komputer] [Galeri1] [Galeri 2] [Galeri 3] [Galeri4] [ Tentang Web][Buku Pelawat]
Copyright © 2002 Khamdan. All rights reserved. e-mail: Web Master |