|
|
|
|
Apabila anda menyemak senarai spefikasi sesebuah
komputer, fakor utama yang harus dilakukan ialah dengan mengambil kita jenis
pemprosesan juga kelajuan komputer tersebut. Selain daripada itu, anda juga
perlu berhadapan dengan satu lagi perkara yang penting iaitu kapasiti bagi
ingatan bantuan. Kebiasaannya pengguna akan bertanya tentang berapa banyak
jumlah data yang boleh disimpan di dalam cakera keras dan kemudian bertanya
tentang berapa banyak ingatan yang terdapat di dalam komputer tersebut Terdapat
dua jenis ingatan di dalam komputer iaitu ingatan bantuan dan juga ingatan utama
Ingatan utama ialah kawasan storan yang digunakan semasa komputer anda
dihidupkan. Ia hanya bersifat sementara. Ia dapat dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu Cache dan RAM. RAM itu sendiri dapat dibahagikan kepada beberapa
bahagian seperti DRAM, SRAM, EDO dan SDRAM. Setiap satu mempunyai fungsi dan
kemampuan yang berbeza. Ingatan bantuan pula ialah cakera keras yang kita
gunakan untuk menyimpan maklumat secara kekal di dalam komputer.
Di dalam sesebuah komputer, data akan disimpan
buat sementara waktu dengan mengikut aplikasi yang digunakan. apabila anda
menaip denga menggunakan perisian pemprosesan perkataan, anda akan dapat melihat
pada skrin komputer bahawa data yang anda taip akan disimpan buat sementara
waktu di dalam RAM. Setiap perkataan akan diproses mengikut cara yang berbeza.
Tapi yang penting sekali ialah anda mesti menyimpan data tersebut ke dalam
ingatan bantuan (cakera keras) terlebih dahulu bagi mengelakkan kehilangan data
semasa bekalan elektrik terputus dan supaya mudah untuk mendapatkan kembali data
tersebut. Sekiranya data tidak disimpan di dalam cakera keras, kesemua data atau
maklumat yang terdapat di dalam komputer akan hilang begitu sahaja apabila
bekalan elektrik terputus atau anda menutup suiz komputer
RAM adalah singkatan dari perkataan RANDOM ACCESS MEMORY atau di
dalam Bahasa Malaysianya ialah Ingatan Capaian Rawak. Di dalam RAM terdapat
beribu-ribu perintang atau mungkin juga berjuta-juta (bergantung pada saiz).
Apabila arus elektrik dialirkan pada papan logik kepada suis kecil yang akan
mengawal perlakuan arus terhadap sesuatu tindakan sama ada "on" atau "off" (komputer hanya mengenali tanda "on" dan "off" sahaja)
Semasa kita menggunakan sesuatu perisian, ingatan
akan melakukan tugas-tugas seperti menyimpan data dan membenarkan data untuk
dipanggil atau digunakan semula. Apabila bekalan elektrik terputus, semua data
yang disimpan akan dibersihkan. Oleh kerana itulah RAM akan cepat berubah atau
membuat perubahan berbanding dengan ROM dimana data tersebut hanya boleh dibaca
sahaja. Contoh yang paling mudah ialah CD-ROM dimana data hanya boleh dibaca
sahaja dari CD tersebut dan tidak boleh dipadam Selain daripada RAM terdapat
satu lagi jenis ingatan yang lebih pantas dikenali sebagai Cache. Cache
mempunyai dua peringkat. Cache adalah secara semula jadi dikenali sebagai "smart
buffer" atau mempunyai halangan memori bagi menyimpan data buat sementara.
Dengan menggunakan kebijaksanaan algoritma, penyimpanan data cache memerlukan
tindakan yang cepat kepada persembahan operasinya
Peringkat pertama (Level 1) cache adalah kecil
tetapi terletak tepat pada pemprosesan tersebut sendiri. Jenis ingatan ini tidak
boleh ditukar. Jumlah L1 pada generasi pemprosesan bergantung kepada jangka
waktu yang tertentu. Bagi pemprosesan jenis Standar Pentium biasanya mempunyai
16K, cache dibahagikan kepda 8K bagi kod penyimpanan data dan 8K bagi kod
penyimpanan Pentium dengan teknologi MMX mempunyai dua kali jumlah L1 iaitu 16K
bagi kod penyimpanan dan 16K bagi kod penyimpanan data. Pentium II mempunyai
jumlah L1 sebanyak 32K. Tindakan cachenya lebih pantas dan mempunyai kelajuan
jam yang tinggi.
Peringkat kedua (Level 2) bekerja hampir sama dengan ingatan L1. Perbezaan besar
yang ketara adalah pada pemprosesan luaran. Ia tidak memerlukan tidnakan terlalu
pantas bagi menyimpan data. Ini disebabkan ingatan cache kurang selektif. Ia
terlalu besar di dalam penyimpanan maklumat mengikut keperluan jenis pemprosesan
bagi akan datang. L2 di datangkan dengan dua jenis iaitu 256K dan 512K dan sekarang telah menjangkau 1MB atau 1024K.
Pada peringkat ke3cache akan dimasukkan sekali
pada ingatan, tapi sekarang ia akan berubah. Pemprosesan Pentium II akan
didatangkan dengan 512K pada cache L2 sebagai bahagian dalaman pada cartridge.
Untuk itu, apabila anda membeli komputer cuba dapatkan cache yang bersaiz
besar.sekurang-kurang 512K kerana ia turut mempengaruhi prestasi komputer anda.
Sebagai kesimpulannya, semakin banyak jumlah RAM
yang anda miliki, bermakna lebih baik. RAM dapat disimpulkan sebagai kawasan
kerja anda manakala CPU (Central Processing Unit) hanya berfungsi untuk
memproses setiap arahan yang diterima. Sekiranya anda mempunyai pemproses yang
laju tetapi ingatan yang kurang. Komputer anda tidak akan dapat beroperasi
dengan baik. Anda tidak boleh membuka pelbagai aplikasi atau program dalam
sesuatu masa. Bayangkan dengan RAM yang banyak, anda dapat lakukan pelbagai
kerja dalam satu masa seperti mendengar muzik, melayari internet, mencetak
dokumen dan pelbagai
|
|
[Home] [Komputer] [Galeri1] [Galeri 2] [Galeri 3] [Galeri4] [ Tentang Web][Buku Pelawat]
Copyright © 2002 Khamdan. All rights reserved. e-mail: Web Master |