Komputer merupakan ingredent utama. Kabel perlu
untuk menghubungkan dua atau lebih komputer. Terdapat banyak jenis kabel yang
digunakan. Penggunaan kabel bergantung kepada jenis topologi yang kita pilih.
Sebagai contoh, untuk Ethernet, kita boleh guna kabel RG58, RG8/9 atau UTP. Bagi
Token Ring, kita perlu guna kabel utp dan stp.
Disini diberikan spesifikasi kabel yang ada
dalam rangkaian Ehternet.
10 Base5 (thick coaxial
type RG-8)
Bermaksud 10 Mb/s, baseband singaling dan
maximum panjang 500 Meter (1,640 kaki). Mula diperkenalkan dalam tahun 1980
dan masih digunakan sebagai backbone segment untuk penyambung didalam sistem
hub Ethernet kerana ianya murah. Walau bagaimana pun ianya hanya sesuai untuk
kelajuan sehingga 10 Mbps. Sila rujuk rajah 1a.
Minumum 2.5 meter diantara MAUs (Medium
attachment units).
Maximum 100 MAUs. Mau disini berfungsi
sebagai Transceiver. Kabel AUI atau lebih dikenali dengan Kabel Transceiver .
Kabel AUI 15 pin Male disambung ke MAU dan 15 pin Female disambung kepada DTE.
Maximum panjang kabel AUI adalah 50 meter.
Connector yang digunakan untuk menyambungkan
kabel dari 10Base5 ialah dari jenis Coaxial tap atau lebih dikenali dengan
panggilan Vampire. Ia dipanggil Vampire kerana kita perlu menebuk lubang pada
kabel tersebut dan Vampire connector mempunyai satu jarum yang panjang dan
akan dimasukkan didalam lubang tersebut.
Memerlukan terminator 50 ohm dikedua-dua
hujung kabel dan perlu dibumikan (grounded) disalah satu penghujungnya untuk
keselamatan dari kejutan elektrik (electrical safety). Jangan sesekali
membumikan kedua-dua hujung kabel tersebut kerana ia akan menganggu isyarat
Ethernet yang berada didalam kabel tersebut.
Sekiranya sistem rangkaian didapati
mengalami kepincangan seperti terlalu lembab (slow) kerosakan mungkin
disebabkan oleh sambungan di coaxial tap (vampire connector) mengalami
kerosakan atau mungkin juga ethernet kad didalam DTE mengalami kerosakan.
Walaubagaimana kemungkinan berlaku kerosakkan pada kabel 10base5 amat tipis.
Selalu digunakan didalam rangkaian BUS, juga
boleh digunakan dalam rangkaian STAR apabila menggunakan multiport repeaters
seperti Cabletron MR-9000C.
Rajah 1a : Menunjukkan cara penyambungan yang dilakukan dengan menggunakan
kabel 10base5.
10 Base2 (thin coaxial type
RG58 A/U atau RG58 C/U)
Bermaksud 10 Mb/s, baseband signaling dan
maximum panjang 200 Meter (600 kaki). Walau bagaimana pun realiti panjang
untuk satu segment hanya 185 meter. Jadi cara pratikal pastikan kabel 10 Base2
hanya mempunyai segment maximum sampai 185 meter tetapi kalau kita mempunyai
segment untuk 10 Base2 sehingga 200 Meter atau lebih, sistem rangkaian masih
boleh berfungsi tetapi kita akan menghadapi sistem rangkaian yang kita bina
mempunyai penyakit Intermittent, iaitu kejap OK dan kejap KO.
Minumum 0.5 meter diantara MAUs. Bermaksud
minumum panjang kabel 10Base2 yang disambung antara satu komputer dengan
komputer yang lain adalah 0.5 meter. Kalau kabel tersebut pendek dari 0.5
meter, sistem rangkaian kita masih lagi boleh berfungsi tetapi sistem
rangkaian jadi macam biskut, kejab boleh, kejab tak boleh. Dari itu, janganlah
ingat kalau kita buat kabel pendek, contoh 1 kaki, kita akan dapat jimatkan
duit syarikat.
Maximum 30 MAUs. Bermaksud sejumlah 30
komputer dalam satu segment atau 29 komputer dan satu repeater. Kalau kita
kira panjang minumum kabel adalah 0.5 dan maximum komputer boleh disambung
adalah 30. Maka 0.5 X 30 = 150 meter. Dari itu sekiranya kita perlu memasang
31 komputer maka kita perlu memasang satu repeater. Dengan adanya satu
repeater kita akan dapat menambahkan kapasiti dari 30 komputer kepada 58
komputer. Dengan adanya repeater kita juga dapat menambahkan jarak maximum
kabel dari 185 meter kepada 370 meter. Sila rujuk rajah 2a.
Perlu menggunakan terminator 50 ohm.
Terminator perlu diletakkan di kedua-dua penghujung segment. Tanpa terminator
50 ohm sistem rangkaian tak mungkin berfungsi.
Connector yang selalu digunakan adalah jenis
BNC T connector. Sila rujuk rajah 2b. Perlu diingatkan sekiranya kita mencabut
BNC T connector dari komputer sistem rangkaian masih berfungsi dengan baik
kerana segment tersebut masih dalam keadaan elok kerana dikedua-dua hujung
segment tersebut masih terdapat terminator 50 ohm. Tetapi sekiranya kita
mencabut kabel 10Base2 dari salah satu komputer maka sistem rangkaian tidak
akan berfungsi kerana kita telah memutuskan segment tersebut. Dengan kata
lain, dikedua-dua hujung segment tersebut hanya ada satu terminator.
Selalu digunakan didalam rangkain BUS, juga
boleh digunakan dalam rangkaian STAR apabila menggunakan multiport repeaters
seperti Cabletron MR-9000C.
Rajah 2a: Menunjukkan cara kita menyambungkan 2 segment dengan menggunakan
repeater.
Rajah 2b : Menunjukkan penyambungan T connector dengan kabel 10Base2
10 BaseT (Twisted pair)
Bermaksud 10 Mb/s, baseband singaling dan
maximum panjang 100 Meters. Kabel 10baseT lebih dikenali dengan twisted pair
kerana sistem operasinya mengunakan dua pasang wayar. Dimana sepasang untuk
menghantar data dan sepasang lagi untuk menerima data. Untuk menguatkan lagi
isyarat, wayar tersebut perlulah dipintal (twisted). Walaupun kabel 10baseT
datang dengan lapan wayar, hanya empat wayar sahaja digunakan. Sila rujuk
rajah 3a.
Sekiranya dua buah komputer peribadi
disambungkan, kabel 10Base T perlulah disilangkan. Sila rujuk rajah 3b. Tetapi
sekira komputer peribadi disambung kepada HUB kita perlu mengunakan kabel
straight through kerana didalam hub telah disilangkan.
Tiada minumum jarak diantara station.
Maximum 1,204 station tanpa menggunakan
Bridge pada lapisan Data Link.
Menggunakan connector RJ45. Sila rujuk rajah
3e.
Boleh dibahagikan kepada 3 jenis Twisted
pair kabel. Kategori 1 dan 2 (CAT 1 & CAT 2) kelajuan maximum sehingga 5 Mbps,
kategori 3 (CAT3) sehingga 16 Mbps, katergori 4 (Cat 4) sehingga 20 Mbps dan
kategori 5 (CAT 5) sehingga 100 Mbps (Mega byte per saat). Selalunya digunakan
didalam Star Topology. Sila rujuk rajak 3f.
Rajah 3a: Menunjukkan kedudukan pin didalam
connector RJ45 untuk kegunaan 10BaseT.
Rajah 3b: Cara menyilang
Rajah 3e: Menunjukkan cara menyambung RJ45 ke
HUB
Rajah 3f: Menunjukkan Star topology semasa
menggunakan 10BaseT.
100 Base T (Twisted pair)
Ciri-ciri serupa dengan 10BaseT, cuma kelajuan
maximum sehingga 100 Mbps dan menggunakan kabel twisted pair jenis CAT 5.
10 Base F (Fiber Optic)
Menggunakan teknologi denyutan cahaya
(pulses of light) berbeza dengan kabel yang lain menggunakan teknologi
elektirk untuk menghantar isyarat. Perlu diingatkan, kabel fiber optic amat
mudah patah. Jangan sekali cuma menyimpan dan memasang kabel cara yang sama
seperti kabel yang lain. Ini kerana kabel fiber diperbuat dari Kaca atau
plastik. Tahukah anda, sepanjang lebuh raya utara selatan terdapat rangkaian
fiber optik? Rangkaian fiber terseubt dibina untuk kegunaan Telefon kecemasan
yang ada sepanjang lebuh raya. Rajah 6a menunjukkan cara penyambungan
menggunakan fiber optic.
Oleh kerana ia mengunakan denyutan cahaya
(light pulses), kabel fiber optic amat sesuai untuk digunakan didalam dan
diluar banggunan. Kemungkinan untuk kabel fiber optic terkena kilat adalah
sifar. Sekiranya kita perlu menambahkan sistem rangkaian kita ke bangunan yang
berdekatan penggunaan kabel fiber optik adalah satu kemestian. Walaupun kos
pemasangan tinggi tetapi untuk jangka masa panjang ianya menjimatkan. Dari
pengalaman, sekiranya kita menggunakan kabel 10Base2 untuk disambungkan
diantara dua LAN (Local Area Network) yang berada dibangunan bersebelah
walaupun bangunan tersebut disambung dengan jambatan seperti Bangunan Twin
Tower Petronas. Kemungkinan kabel tersebut terkena kilat adalah besar. Ini
kerana ground setiap bangunan adalah berbeza. Sekiranya kabel yang kita pasang
itu terkena kilat, peralatan lain seperti HUB dan ROUTER mungkin akan
mengalami kerosakan yang teruk. Walaupun kos untuk pemasangan kabel fiber
optic dalam lingkungan RM 3000.00 dan kos pemasangan kabel 10Base2 dalam
lingkungan RM 400.00 adalah lebih menguntungkan sekiranya kita membayar RM
3000.00 dari kita mungkin terpaksa mengantikan peralatan HUB dan Router yang
berharga melebihi RM 10 ribu.
Terdapat dua jenis kabel fiber yang selalu
digunakan iaitu 10Base-F dan FOIRL (Fiber Optic Inter-Repeater Link). FOIRL
mula diperkenalkan ditahun 1980. Jarak maximum untuk FOIRL adalah 1000 meter
dan maximum dua MAU. Untuk jenis 10Base-F, jarak maximum adalah 2000 meter dan
maximum dua mau.
Fiber 10BaseF boleh dibahagikan kepada tiga
jenis:
10Base-FL. Merupakan penganti kepada
FOIRL. Dengan menggunakan kabel 10BaseFL peralatan yang menggunakan FOIRL
masih boleh digunakan. Sekiranya hanya peralatan 10BaseFL digunakan, panjang
maximum adalah 2000 meter. Tetapi sekiranya peralatan bercampur dengan
FOIRL, panjang maximum adalah 1000 meter sahaja. Dengan menggunakan
10BaseFL, maximum MAU yang boleh digunakan adalah dua. Iaitu antara dua
komputer atau dua repeater atau satu komputer disambung dengan satu
repeater. Repeater yang dimaksudkan adalah multiport repeater atau lebih
dikenali dengan panggilan HUB. Merupakan kabel yang paling banyak digunakan.
10Base-FB. Direka untuk synchronous
signaling backbone segment. Selalu disambung kepada HUB untuk memanjang lagi
jarak sebanyak 2000 meter. Tetapi sistem dan peralatan untuk 10BaseFB adalah
terhad.
10Base-FP. Lebih dikenali dengan Fiber
Passive System. Panjang maximum adalah 500 meter.